Thursday, June 11, 2015

Dunia baru

Assalamualaikum uolls... Wokeyh haku lambat post blog baru kali ni...Sibuk dengan kerja meh...heheh..

Sebenarnye,haku dah tak bekerja dengan kedai kasut Bata lagi. Genap 3 bulan haku kerja situ. Segalanya tinggal kenangan.

Sekarang,haku adalah promoter untuk Secret Essence Perfumes...haaa...kita jual minyak wangi pulak kali ni...

Secret Essence Perfumes ni merupakan pati minyak wangi yang diimport daripada Paris. Pati minyak wangi ni adalah bebas daripada sebarang alkohol dan bebas campuran minyak attar. Bermacam-macam pati minyak boleh didapati. Yang berbau bunga-bungaan,campuran vanila,campuran buah-buahan...semua ada. Body Shop Apple Blossome,Brigney Spears Midnight Fantasy,Victoria Secret Bomb Shell...macam-macam.

Rugi tak beli. Hahaha...tahan lama seharian di baju dan 8 jam di kulit. Jadi,datang ler singgah kedai ni yang hanya ada tiga cawangan je. Tesco Peringgit,Tesco Cheng dan Melaka Sentral. Kalau haku punye lak di Tesco Peringgit. Sape yang dekat dengan area ni,dapat ler kita kenal-kenal yepp...hehehe... ^_~

Minyak wangi gred AAA punyeeee...:)

Tuesday, May 26, 2015

AyAm GoReNg SamBaL SoS ToMAto

Assalamualaikum uolls!!! :D

Hari ini haku nak share resipi lagi. Tak salah pun kalau nak sebarkan dan berkongsi ilmu... ^_^
Sekarang baru jam 10:33 pagi post terbaru ni dikarangkan...chewahh kau..... hahaha... Tapi, menu untuk lunch dah sedia dihidang bawah tudung saji biru kat rumah ni.
Ayam goreng sambal sos tomato ni antara salah satu daripada makanan favourite haku dan family. APA? Korang pun? Haha..Yeah kita  geng! :D
Meh kita check senarai bahan untuk masak lauk ni kat dalam peti sejuk kita.

BAHAN-BAHAN
# Beberapa ketul ayam yang telah selamat dipotong...
#Bawang besar dan halia yang telah dihiris dan dikisar...
#Penumis...
#Lada yang telah dikisar...
#sos tomato...
#air asam jawa ...
#air secukupnya...
#daun sup sebagai penyeri dan penambah bauan masakan.

Fuhh! Orait kita terus ke cara membuat. Fokus ye anak-anak. Hehehehh...
1-Ayam digoreng,diangkat dan diketepikan.
2-Tumiskan bahan penumis dan bawang serta halia yang telah dikisar hingga naik bau.
3-Masukkan sedikit lada kisar dan biarkan garing.
4-Masukkan sedikit sos tomato,tambahkan gula dan serbuk penambah rasa. Gaul sebati.
5-Tambahkan sedikit air. Biarkan seketika kuah tu sehingga kuah menjadi pekat.
6-Masukkan ayam dan sebatikan dengan kuah. Okey,mula lah kita merasa kuah tu.
7-Bila dah cukup rasanya,taburkan daun sup sedikit dan gaul lagi. Tutup api dan angkat serta masukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Wowww!!! Camne? Haku tak kisah korang nak follow atau tak resipi ni. Hehehe... Selamat Mencuba korang! :)


KeK BAtiK BisKut MaRRie

Assalamualaikum uolls!!! Ape khabau? Hehehe ... Baru nak update cerita baru dalam ni.
Semalam,teringin lak nak mkn kek batik biskut marrie. Lagipun dah lama haku tak buat kek sejak dah kerja ni. Huhu. T____T
Bahan pun mudah didapati meh.Dan ini adalah percubaan kedua haku dalam membuat kek batik ni. Kebanyakan komen yang haku dapat daripada kawan-kawan,family,dan of course daripada Odet sendiri ( <3 ) adalah manis,terlebih coklat,sedap,boleh lah,kurang biskut lah...haa....macam-macam dapat... Huhu.
Haku share resipi yepp. Terpulang la kalau korang nak follow resipi ni atau tak! Hoho ^o^
Jom Check It Out The Ingredients :)
#400 gram Milo/chocomalt/apa-apa jenama .
#3 sudu makan serbuk koko.
#250 gram susu pekat manis.
#Biskut Marrie secukupnye (apa-apa jenama)
#250 gram Buttercup! :D
#kacang tanah/walnut yang dah di 'smack down' oleh Si Batu Lesung sebagai penyeri kek (chewahhh :D)
.
.
Dah? Okey. Kita terus ke cara membuat nye ye anak-anak semua... He he he...
1-Sediakan periuk or kuali dan cairkan butter di dalam tuhh..(Api kena perlahankan ye anak-anak atau ianye akan hangit)
2-Bila dah cair, korang masukkan susu pekat tu, serbuk koko, dan chocomalt atau Milo atau seumpama dengannye :P...
3-Then,gaul dan gaul sebati sehingga tidak berketul-ketul lagi...
4-Masukkan biskut Marrie kita tuhh dalam aduanan tadi. Patah-patahkan. Gaul sebati...
5- Tutup api kerana kalau dibiarkan lama lagi adunan tadi tu akan jadi keras dan hangit...
6-Tuangkan adunan tadi tuh ke dalam bekas loyang.Ratakan dan penyek-penyekkan dengan sudu...
7-Dah settle aksi penyek-penyek,boleh la kita simpan bekas loyang tu ke dalam peti sejuk...
Alright dah siap! ^_^
Sila la menjamu selera dengan manisan nihh. Hasil buatan haku yang second try ni dah macam Candy dah bak kata Emak haku.Hohoho....


Sunday, May 17, 2015

Alhamdulillah....

Akhirnye....dengan izin Allah yang dah wujudkan perasaan syg haku kepada lelaki kristian bernama Odet tu,kini haku dan dia telah berkawan lebih daripada kawan biasa ..hehe...love him so muchh.. Tak sangka dia jugak menyimpan perasaan yang sama kepada haku. Allah makbulkan doa haku. Shh! Dengar cerita dia nak sangat masuk agama Islam :)
Haku pun bukan la alim sgt nak bimbing dia..tapi in shaa allah..apa yang haku tahu,haku akan berusaha bimbing dia dan tak lupa jugak untuk bimbing diri sendiri.
Alhamdulillah dia betul-betul menjaga haku. Dia benar-benar tak sama macam lelaki yang haku kenal sebelum ni. Kerana,dia cinta hati haku yang wujud di depan mata haku. :)


https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/236x/55/50/e4/5550e4d9ece07771acaa7c06ad3bacb9.jpg

Tuesday, May 12, 2015

Impossible Love

ASSALAMUALAIKUM dan Selamat Malam kaki lawat,kaki komen dan kaki berblog. ;D

Auchhh!!! ;(
Kali ini punye story life haku kan,tentang hati dan perasaan haku ni..sorry mat,tetibe wa jiwang nak tangkap cintan dan syahdu ini malam. Sebenarnye,hati haku ni sudah keciwa kerana ex-boyfriend yang dulu pernah haku setia,sayang dan rindu bagai sudah pun bergelar seorang suami kepada ex-girlfriend pertama dia...ye,walaupun perkahwinan paksa. mungkin itu yang terbaik untuk dia...

Okeylah,susah nak cari lelaki yang betul-betul dapat menjadi penghibur haku,yang boleh buat haku lupakan segala kesedihan haku dan buat hariku selalu berbunga-bunga...chewahh...gitu..

JODOH BELUM SAMPAI LAGI....haa..tu la ayat yang selalu kita dengar kan...tapi betul la tu..haku kena menunggu lagi...tapi,haku ni jenis yang mudah jatuh cinta meh...:(

Bila haku rasa selesa dan gembira dapat berkawan dan berkenalan dengan seorang jejaka je mesti hati ini wa rasa sesuatu...ada macam taman bunga jap...hoho... Kali ini haku ada berkenalan dan berkawan dengan seorang lelaki yang berasal daripada Ranau,Sabah dan bekerja di foodcourt Tesco di bahagian makanan Sizzling. Odet namanya..itu lah nama dia dalam kad pengenalan dia...Jangan pelik kerana dia adalah Kristian...so,no wonder lah itu nama dia... :3

Perkenalan dan perkawanan kami ( chewah sesuka ati je perkawanan :P) bermula sejak haku berkenalan dengan boyfriend adik angkat haku yang mana boyfriend dia tu sebaya je umur dengan haku... Haku happy dan selesa dengan Odet sebab dia pandai buat haku senyum dn ketawa...Mula la nak ada rasa lain macam bila kat situ ann..haishh..huhu...Tapi haku tahu perasaan kali ini juga tak akan kesampaian...kerana perbezaan agama... So,better haku buang jauh perasaan ini..hurm...




APA-APA PUN, kalu  boleh haku nak minta nasihat dan apa-apa tips dari korang..tips supaya haku tak mudah jatuh cinta lagi...kalau ada tu,share la sini yer...sharing is caring meh... hehehe...ok lahh..nak tido ni..lewat suda...Wslm~



Saturday, May 9, 2015

SeLamaT Hari IbU!!!

Assalamualaikum uolls....uwaahhh...Menggeliat kemain lagi pagi ni . hehe..Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada kita untuk mencari amalan-amalan kita di dunia sebagai bekalan tika di akhirat nanti...Tahu tak hari ni hari ibu? Hee..haku dapat tahu dari minggu lepas lagi tauuu. ^_~
Wokeyhh...Firstly of course haku nak ucap Selamat hari Ibu buat bonda haku Pn.Samawati bt Hashim sebab:
~Menjaga haku tika haku dalam rahim dia sampai lah haku dah besar panjang ni haa :')
~Mendidik haku untuk belajar bertatih,makan,belajar abc 123 alif ba ta hinggalah soddaqallahula'zim..
~Mengajar haku macam mana nak urus diri sendiri.
~Bersabar dengan karenah haku ;(
~Menyokong haku untuk sambung pelajaran bahagian medical walaupun dia tahu kami keluarga kurang mampu.
~Dia seorang bonda haku dan sampai bila-bila dia adalah bonda haku <3
~~~~~JASA IBU TIDAK TERKIRA BANYAKNYA UNTUK ANAK-ANAK BALAS SEBENARNYA..ALLAH..MAKBULKAN SEGALA DOA BONDA KU SAMAWATI BINTI HASHIM KERANA DIA TAHU APA YANG TERBAIK UNTK ANAK-ANAKNYA. Aamiinnnn~
.
.
.
Selamat hari ibu pada seluruh ibu di dunia ini jugakkkk.... :-]
LOVE OUR MOM ^_^

Friday, May 8, 2015

GaDis 2 JaNuarI 1995

Hi! Dan Assalamualaikum kaki blog,kaki folllow,kaki komen,dan para pelawat sekalian... Hoho..
Secara ikhlasnya,nama haku ialah Nur Aimi Athirah bt Razali...maksud nama haku ialah Cahaya Keberkatanku Yang Wangi...Hehe...Haku dilahirkan di atas katil wad bersalin Hospital Sultanah Fatimah,Muar Johor oleh ibuku yang bernama Samawati bt Hashim pada 02 Januari 1995...Awal kan? Heheh..Bangga. :P
Tak banyak la nak diceritakan tentang diri aku. Kalau nak tahu lebih lanjut,kena la bayar..Chewahh gituuu kau jahhh...Haha. Kan. Wokey la haku bagi sikit lagi...aku pernah bersekolah tadika di Tadika Kemas Kem Sunggala,Port Dickson,Tadika Kemas Peringgit Jaya dan bersekolah rendah dari darjah 1-6 di S.K.Peringgit Melaka.Sekolah agama pula di Taman peringgit jaya iaitu di dalam kawasan taman perumahan haku jugak. Masa tingkatan 1-5 lak haku bersekolah di S.M.K Tun Tijah Melaka dan menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di S.M.K Tinggi Perempuan Melaka. Haaa...check jap sape yang pernah bersekolah sama tempat dgn haku...Hahah... :D
Now,aku adalah lepasan stpm 2014 dan sedang menunggu keputusan upu sambil bekerja part time di sebuah kedai kasut Bata di Tesco Peringgit.  Sekian dari haku sendiri..Terima kasih daun keladi,senang hati lain kali singgah lah lagi... ^_^